Bismillahirahmanirrahim
Yang dihormati En. Shuhami bin Abu Hassan
Ketua Pustakawan, Perpustakaan, Universiti
Tenaga Nasional
Yang berbahagia Tn. Hj. Abdul Rahim bin
Bardan
Pengurus Kanan (Komputer, Multimedia &
Cetak)
Para-para jemputan dari Perpustakawan,
Pembangunan Bisnes., Institut Kajian Liberal, dan KMC
Assalamualaikum wbk dan salam sejahtera.
Selamat datang ke majlis penyerahan sijil dan
pra-tonton video perpustakaan Universiti Tenaga Nasional.
Pertama, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada semua para hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa
untuk menghadiri majlis ini.
Sebagai sedikit latarbelakang, tujuan video
ini adalah untuk memberi penerangan mengenai kemudahan-kemudahan yang
terdapat di perpustakaan Universiti Tenaga Nasional. Video ini akan
dipertunjukkan kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi perpustakaan seperti
pelajar baru dan orang luar.
Projek untuk membuat versi Bahasa Melayu
video ini telah disiap awal tahun 2000 oleh KMC, dan kali ini, pihak
perpustakaan ingin mengeluarkan versi Bahasa Inggeris pula. Dengan itu,
pihak perpustakaan telah membuat permintaan kepada KMC untuk menghasilkan
versi baru, dan kerja-kerja produksi dimulakan oleh unit A/V dari awal
Oktober 2001 dan siap penerbitan video tersebut pada pertengahan November
2001.
Syukur Alhamdullilah, hari ini InsyaAllah,
kita akan dapat menonton video perpustakaan versi terbaru ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil
kesempatan pada masa ini untuk mengucap terima kasih dan memberi penghargaan
kepada beberapa pihak yang telah menolong menjayakan projek ini.
Terima kasih terutama sekali kepada pihak
perpustakaan, iaitu En. Mohd Nizam Mahat yang telah menyediakan skrip asal
dan memberi pertolongan semasa membuat video ini, dan juga kepada En.
Shuhaimi yang telah memberi banyak sokongan dalam pengambaran video ini. Sebentar
lagi kita bolehlah lihat En. Shuhaimi in action…
Terima kasih juga bagi bantuan dari IKAL,
terutama Pn. Fatimah Abu Bakar, bagi kerja-kerja penterjemahan dan olahan
skrip asal kepada Bahasa Inggeris.
Terima kasih kepada Mohd. Hafiz Abd. Jamil,
seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional tahun 3 jurusan Accounting yang
telah membawakan suara latarbelakang kepada video ini.
Tidak terlupa, terima kasih kepada krew unit
A/V KMC yang telah berkerja keras untuk menghasilkan video ini, terutamanya
En. Hassnan, Cik Nora, En. Abu Bakar, Cik Jeya, En. Tunut, En. Farid, dan
En. Yaakob. Dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pengeluaran video ini.
Di sini saya ingin menyatakan rasa bangga
terhadap satu aspek penerbitan video ini, iaitu teamwork - team effort - di
antara banyak-banyak pihak di Universiti Tenaga Nasional. Kita ada pihak
dari perpustakaan, ikal, kmc, staf akademik, pelajar… Rasa seronok
sekiranya sesuatu projek itu dijayakan dengan pertolongan dan kerjasama
orang ramai.
Saya harap beginilah projek-projek masa depan
akan dibangunkan dengan keadaan bergotong-royong serta harmoni. Dan saya
harap projek-projek seperti ini akan bertambah supaya hasilnya akan
meninggikan nilai dan kemampuan Universiti Tenaga Nasional dan
wargakerjanya.
Sekejap lagi, video perpustakaan akan
ditayangkan. Saya harap para hadirin akan terhibur dengannya.
Sebelum itu, saya ingin menutup ucapan saya
dengan sedikit pantun:
Mencari ilmu di siang hari
Dari seberang desa hingga ke sini
Terima kasih saudara saudari
Sudi menonton video librari.
Dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan
Wassalam…